Selasa, 2 November 2010

HADI, AZMIN DAN YONG BUAT REKOD... MENAKJUBKAN

Sandakan - Semalam (01/11/10) Hj. Hadi Awang, Presiden PAS, bersama dengan Azmin Ali, Naib Presiden PKR memfokus kempen bagi PRK Batu Sapi di Kg. Segaliud, Sandakan. Kg. Segaliud terletak jauh dari pusat bandar, merupakan sempadan antara Parlimen Batu Sapi dan Kinabatangan.
Apa yang menariknya kunjungan kedua-dua pemimpin besar pembangkang itu memenuhi jadual kempen untuk berceramah di salah sebuah rumah di kampung tersebut ternyata sangat mengejutkan mereka. Walaupun jadual lawatan kempen dan ceramah telah diatur lebih awal, namun jumlah kehadiran amat mengejutkan. Ceramah hebat itu hanya dihadir seramai lima (5) orang sahaja. Simpati juga, tapi itulah buktinya penolakan rakyat di Segaliud kepada pembangkang. Selain daripada itu, ia juga satu bukti bahawa selama ini PKR Batu Sapi tidak buat kerja tetapi mengaku kuat di Batu Sapi.
Ceritanya menjadi lebih menarik apabila Yong Teck Lee, calon SAPP, pula menggempur Kg. Segaliud untuk meraih undi. Nak dijadikan cerita, Yong bukan sahaja pergi ke kampung yang sama yang dilawati Hadi dan Azmin, tetapi juga berceramah di rumah yang sama dan dihadir oleh lima (5) orang yang sama juga.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Libaran yang diketuai oleh Saudara Suhaimi Hj. Nasir, kerana berjaya mengemudi jentera BN di kawasan Segaliud sehingga kedatangan pembangkang, walau tanpa halangan, tetap ditolak oleh pengundi Segaliud.
Tahniah juga untuk Datuk Ghafur Salleh dan Datuk Bung Mokhtar Radin kerana selalu turun membantu di kawasan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan