Jumaat, 29 Oktober 2010

BLOGGERS PRO PAKATAN TIDAK BERMINAT MEMBANTU PKR DALAM KEMPEN PRK 2010 BATU SAPI

Hari ini kempen bagi pilihanraya kecil untuk kawasan Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas telah memasuki hari kelima. Tinjauan penulis terhadap beberapa blog aktif pro Pakatan Rakyat (PR) yang selama ini begitu ghairah membantu kempen PR dalam mana-mana pilihanraya ternyata telah menjauhkan diri daripada membuat ulasan atau membantu kempen PR khususnya untuk kawasan Parlimen Batu Sapi.
Sikap dingin blog-blog pro pakatan terhadap calon mereka di Batu Sapi sangat menarik untuk diperkatakan. Jika dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini keberkesanan kempen blog pro PR sangat dirasai namun tidak berlaku dalam PRK Batu Sapi. Apakah sebabnya blog pro PR memboikot calon mereka sendiri. Mengapa tidak membantu membuat liputan terkini dan terperinci mengenai kempen dan pergerakan calon PKR Batu Sapi?
Pada hemat penulis para blogger PR telah sedia maklum bahawa mengharapkan PKR memenangi aadalah suatu yang mustahil. Kesilapan memilih calon, sikap kurang ajar Ketua Cabang Batu Sapi yang menghalau kebanyakan pemimpin PKR dari Cabang lain di Sabah khususnya dari kalangan pemimpin KDM dan Cina, memperkecilkan bantuan cabang-cabang berhampiran, sikap diktator Anwar dalam membuat keputusan bagi rakyat Sabah serta jentera yang lemah, nyata melemahkan semangat penyokong-penyokong PKR.
Keputusan PKR bertanding dalam PRK Batu Sapi sebenarnya suatu kesilapan besar. Tindakan Anwar yang membelakangkan suara ramai pemimpin PKR Sabah dengan nyata meletakkan PKR Sabah seperti telur di hujung tanduk. Sekiranya PKR gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam PRK Batu Sapi ini kemungkinan PKR akan berkubur sebelum PRU-13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan