Rabu, 3 November 2010

FUZIAH SALLEH PERLU CERMIN DIRI SENDIRI

Sandakan - Kempen PRK Batu Bapi sampai ke penghujungnya tengah malam ini. Esok para pengundi bagi kawasan Parlimen P185 Batu Sapi akan menunaikan tanggungjawab mereka memilih calon yang akan membawa suara mereka ke Parlimen.

Kempen bagi pilihanraya Batu Sapi ini membawa seribu satu pengalaman baru kepada jentera-jentera parti khususnya dari luar Sabah tentang 'kelainan' cara berkempen di Sabah amnya dan Batu Sapi, khususnya. Penulis terpanggil menulis tentang salah satu aspek keperluan kempen yang agak mengejutkan terutama bagi petugas-petugas parti iaitu aspek perbelanjaan kempen.

Memetik pertanyaan seorang sahabat dari Semenanjung yang menyatakan, "Kempen di sini semuanya duit". Penulis faham sangat apa yang dimaksudkan oleh sahabat tersebut. Dan untuk lebih memahami silalah baca tulisan editor Sabah Kini di sini, kisah mengenai luahan dan kekecewaan Fuziah Salleh, Pengarah Pilihanraya PKR Pusat, tentang sikap pengundi Batu Sapi yang hanya mengundi parti yang memberi mereka beberapa keping atap rumah, beras dan sedikit wang. Fuziah seolah-olah mengatakan betapa pengundi di Batu Sapi atau Sabah begitu bodoh, mata duitan dan tidak mahu keluar dari kemiskinan yang membelenggu mereka.

Pada hemat penulis pandangan Fuziah dalam hal ini amatlah cetek, dan luahan beliau itu tidak lain hanyalah sebagai salah satu cara menyalahkan pihak lain atas kegagalan diri sendiri meraih sokongan pengundi. Sekadar beberapa pertanyaan buat renungan Fuziah:

  1. Bukankah rakyat Sabahlah yang paling banyak menukar kerajaan negeri dalam Malaysia ini?
  2. Bukankah rakyat Sabah pernah memberi mandat kepada PBS yang waktu itu menjadi pembangkang, untuk mentadbir Sabah?
  3. Bukankah Anwar Ibrahim menjadi Bapa Politik Wang semasa dalam UMNO sehinggakan UMNO Sabah pada masa itu dikatakan dikuasai sepenuhnya oleh Anwar?

Untuk makluman Fuziah, rakyat Sabah sebenarnya sudah hilang harap untuk mengubah kerajaan kerana walau kerajaan manapun yang memerintah nasib dan kehidupan mereka tidak banyak yang berubah. Justeru itu tidak hairanlah mereka memilih parti yang boleh memberi mereka sesuatu walau untuk lima tahun sekali.

Bagaimana rakyat Sabah mahu memilih PKR sedangkan Anwar sendiri adalah bapa segala politik wang @ rasuah pada masa lalu. Bagi majoriti rakyat Sabah, apa sahaja kenyataan Anwar untuk menghapuskan rasuah langsung tidak ada kredibiliti. Mana mungkin perasuah menghapuskan rasuah.

Sudah lupakah Fuziah bagaimana proses pemilihan Ansari Abdullah sebagai calon PKR bagi PRK Batu Sapi yang sedang berlangsung ini? Bukankah Ansari sendiri telah menemui Fuziah di Kuala Lumpur dengan menyatakan bahawa dia mempunyai jentera yang kuat serta mempunyai wang yang banyak sekiranya dipilih sebagai calon. Bukankah Fuziah salah seorang yang berkeras mahu Ansari menjadi calon atas faktor kemampuan kewangannya? Adakah perbuatan Fuziah itu adil, bersih dan berintegriti?

Masih layakkah Fuziah memperkecilkan sikap pengundi Batu Sapi yang lemah berhadapan dengan wang ringgit sedangkan Fuziah sendiri tergoda oleh perkara yang sama dalam memilih calon Batu sapi sehingga mengetepikan Thamrin, individu yang jauh lebih layak menjadi calon PKR di Batu Sapi, yang mendapat sokongan 18 Cabang di Sabah? Bukankah disebabkan Thamrin digambarkan kurang berkemampuan dari segi kewangan menyebabkan beliau diketepikan? Bukankah disebabkan wang ringgit itu jugalah Anwar si bapa perasuah itu sanggup membelakangkan semua ketua Cabang, termasuk pandangan Dr. Jeffrey sebagai Naib Presiden, rakan-rakan dalam PR iaitu PAS dan DAP Sabah?

Akibat tersalah memilih calon, kempen berbekal air liur basi, dan mungkin wang jutaan ringgit itu tidak kelihatan mengapa pengundi yang disalahkan?

Apapun, setelah sekian lama terpaksa berkorban untuk membantu mengkayakan negeri-negeri miskin di Semenanjung melalui hasil minyak, balak kelapa sawit dan sebagainya, maka kerajaan BN kini dilihat bersungguh-sungguh membantu rakyat Sabah. Curahan pembangunan dan projek yang banyak untuk Sabah tidak lain hanyalah bantuan yang terlambat tiba.

Tahniah kepada pengundi-pengundi Batu Sapi kerana tidak mudah diperbodohkan oleh agen-agen PKR yang bersikap 'mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih'. Buat Fuziah bila balik ke Pahang belilah cermin sebesar-besarnya. Cubalah cermin diri sendiri dahulu.

Selamat mengundi.

KEMPEN YONG TECK LEE DI KG. SEGALIUD


KALAU ADA LAGI PRK DI SABAH INILAH CALON-CALONNYA




Selasa, 2 November 2010

YONG MULA RISAU, JIWA MAKIN KACAU

Sandakan - Kempen PRK Batu Sapi mula menuju ke penghujungnya. Dengan tempoh berkempen hanya berbaki sehari sahaja lagi, kerisauan Yong Teck Lee mula memuncak dan tidak dapat dibendung lagi.
Sejak dua hari lepas Yong mula menjaja cerita baru kononnya Musa Aman dan pemimpin DAP Sabah berkonspirasi untuk menjatuhkannya. Dakwaan Yong tersebut sememangnya melucukan dan tidak masuk akal serta menyerlahkan sikap tidak sedar diri beliau:
  1. Bila pula Yong menang kerusi Parlimen Batu Sapi sehingga ada orang yang mahu menjatuhkan dia?
  2. Dah adat bertanding memanglah nak mengalahkan lawan. Takkanlah Musa Aman dan DAP berkonspirasi untuk memenangkan Yong. Bodoh betullah apek ni.
  3. Takkan tak ada isu lain beb? Yang you cakap tu tak ada nilai isu langsung.
  4. Takkan tak ada cerita sedih lain untuk tarik simpati?
  5. Yong kata yankin menang, so kenapa gelabah tak tentu pasal ni. Baru tahu langit tu tinggikah?

PRK Batu Sapi sebenarnya telah menyerlahkan siapa Yong sebenarnya. Yong membawa SAPP keluar BN pun disebabkan Pak Lah tidak melantik dia Senator. Memilih dirinya sendiri sebagai calon walaupun di kawasan yang asing baginya menyerlahkan kerakusan kuasa dalam jiwanya. Mungkin Yong masih teringat kerusi empuk Ketua Menteri dengan segala kuasa yang pernah diselewengkannya.

Apapun, kegagalan SAPP dalam PRK Batu Sapi akan menentukan hidup mati parti itu. Di hari-hari akhir kempen ini nyata BN semakin diterima. Sewaktu BN menyerang di semua tempat, kempen SAPP lebih banyak tertumpu di DUN Karamunting sementara PKR hanya berkubu di DUN Sekong sahaja.

HADI, AZMIN DAN YONG BUAT REKOD... MENAKJUBKAN

Sandakan - Semalam (01/11/10) Hj. Hadi Awang, Presiden PAS, bersama dengan Azmin Ali, Naib Presiden PKR memfokus kempen bagi PRK Batu Sapi di Kg. Segaliud, Sandakan. Kg. Segaliud terletak jauh dari pusat bandar, merupakan sempadan antara Parlimen Batu Sapi dan Kinabatangan.
Apa yang menariknya kunjungan kedua-dua pemimpin besar pembangkang itu memenuhi jadual kempen untuk berceramah di salah sebuah rumah di kampung tersebut ternyata sangat mengejutkan mereka. Walaupun jadual lawatan kempen dan ceramah telah diatur lebih awal, namun jumlah kehadiran amat mengejutkan. Ceramah hebat itu hanya dihadir seramai lima (5) orang sahaja. Simpati juga, tapi itulah buktinya penolakan rakyat di Segaliud kepada pembangkang. Selain daripada itu, ia juga satu bukti bahawa selama ini PKR Batu Sapi tidak buat kerja tetapi mengaku kuat di Batu Sapi.
Ceritanya menjadi lebih menarik apabila Yong Teck Lee, calon SAPP, pula menggempur Kg. Segaliud untuk meraih undi. Nak dijadikan cerita, Yong bukan sahaja pergi ke kampung yang sama yang dilawati Hadi dan Azmin, tetapi juga berceramah di rumah yang sama dan dihadir oleh lima (5) orang yang sama juga.
Apapun, tahniah diucapkan kepada Pemuda UMNO Libaran yang diketuai oleh Saudara Suhaimi Hj. Nasir, kerana berjaya mengemudi jentera BN di kawasan Segaliud sehingga kedatangan pembangkang, walau tanpa halangan, tetap ditolak oleh pengundi Segaliud.
Tahniah juga untuk Datuk Ghafur Salleh dan Datuk Bung Mokhtar Radin kerana selalu turun membantu di kawasan tersebut.

Ahad, 31 Oktober 2010

KALAU TAK FAHAM JUGA...NTAHLAH...







PENYOKONG PKR KECEWA THAMRIN TURUN BERKEMPEN BERSAMA ANWAR


Sandakan 31 Oktober- Hari keenam kempen bagi PRK Batu Sapi menyaksikan buat pertama kalinya, selepas penamaan calon pada 26/10/10 yang lalu, Ahmad Thamrin, Ketua Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah dilihat turun berkempen di Hotel Sanbay, Sandakan bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Peristiwa yang sepatutnya melega serta menambahkan semangat ahli-ahli PKR Sabah rupa-rupanya disambut dingin oleh sebilangan ahli PKR sendiri.


Seorang ahli PKR Libaran yang ditemui petang tadi menyuarakan kekecewaan beliau atas kelemahan peribadi Thamrin yang mudah mengalah apabila sekali lagi termakan gula-gula yang diberikan oleh Anwar.


"Sekiranya terdapat sebarang masalah peribadi antara kedua-dua pemimpin tersebut memang sepatutnya diselesaikan segera, itu kita setuju sangat. Namun tindakan Anwar seringkali membelakangkan suara majoriti pimpinan negeri amat mengecewakan. Apatah lagi sekiranya keputusan tersebut membabitkan nama Ansari Abdullah, Anwar pasti akan mempertahankan Ansari walau apa cara sekalipun", kata beliau.


"Apa istemewanya Ansari sehingga sangat menyayanginya walau sehingga meletakkan PKR Sabah dalam kehancuran?".


Beliau menyatakan kekecewaannya terhadap sikap penting diri sendiri oleh Thamrin yang hanya memikirkan tentang kedudukannya dalam hierarki kepimpinan PKR Sabah sahaja.


"Kita mahu penjelasan yang meyakinkan daripada Anwar atas segala keputusan autokratik yang beliau ambil terutama apabila membelakangkan suara pemimpin Sabah. Kita juga mahukan jaminan bahawa kepimpinan bercorak diktator Anwar tidak diamalkan di Sabah", tambahnya.


Kekecewaan sebilangan penyokong PKR seperti yang diluahkan di atas sememangnya berasas dan Anwar sepatutnya tidak terlalu memandang rendah kemampuan Pemimpin Sabah yang telah dipilih oleh penyokong akar umbi dalam membuat keputusan peringkat negeri. Namun menyalahkan Anwar semata-mata atas apa yang berlaku dilihat kurang wajar. Barisan kepimpinan PKR negeri juga seharusnya menilai diri dan maruah sendiri. Sampai bila Anwar dibiarkan membuat keputusan syok sendiri beliau? Pepatah Inggeris ada menyebut 'fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me'. Persoalannya siapa sebenarnya bodoh dan bacul?

Sabtu, 30 Oktober 2010

KEMPEN SULIT YONG TECK LEE BERSAMA PENGUNDI CINA...PANAAASSSS


Sandakan - Awas pengundi-pengundi Batu Sapi. Ketahuilah agenda sulit Yong Teck Lee (YTL) semasa beliau berkempen kepada pengundi-pengundi Cina di Batu Sapi. Menurut sumber yang sangat dipercayai YTL secara terang-terangan menyatakan kepada pengundi-pengundi Cina bahawa beliau memperjuangkan kepentingan orang Cina Sabah dan beliaulah 'harapan terakhir orang Cina di Sabah'.


Kenapa YTL menyembunyikan agenda sebenar perjuangannya. Kenapa bermuka-muka memperjuangkan rakyat Sabah tanpa mengira kaum dan agama di sabah, tetapi apabila berhadapan dengan orang Cina YTL secara jelas mengatakan, "Sayalah harapan terakhir orang Cina di Sabah".


Penulis sekadar dapat mengingatkan pengundi-pengundi Batu Sapi agar memandang berat kenyataan 'racist' YTL ini. Adalah malang pengundi-pengundi bumiputera Islam, khususnya, yang mengundi YTL, sedangkan di belakang YTL sebenarnya hanya memikirkan kaumnya sahaja.


Cukuplah kejadian semasa penamaan calon pada 26/10/10 yang lepas, apabila kelihatan majoriti yang membawa bendera SAPP adalah orang bumiputera Islam. Apa sebenarnya yang berlaku ialah tauke-tauke yang mempunyai pekerja Islam tersebut telah mengarahkan pekerja-pekerja mereka membawa bendera SAPP jika tidak mereka diugut akan dibuang kerja.


Sekiranya kita berfikir secara rasional dan tidak beremosi kita akan dapati bahawa apa yang diperkatakan oleh YTL semas berkempen dalam PRK Batu Sapi ini hanyalah himpunan pembohongan dan lakonan yang menjijikkan.

KENAPA ORANG CINA MESTI SOKONG BN DI BATU SAPI?

Kempen pilihanraya kecil P185 Batu sapi memasuki hari keenam hari ini. Secara umumnya harapan melihat kerancakan kempen oleh parti-parti yang bertanding seperti mana di Semenanjung tidak terjadi di Batu Sapi. Ketika pengundi-pengundi bumiputera boleh dijangka pola sokongan mereka, pengundi cina pula masih sukar diramal pendirian mereka.
Walau bagaimanapun, tanggapan awal bahawa pengundi Cina akan memilih parti pembangkang dalam PRK Batu Sapi ternyata meleset. Berdasarkan tinjauan rambang di kalangan pengundi Cina ramai yang menyatakan bahawa mengundi parti pembangkang samalah seperti merosakkan perniagaan mereka. Hal ini kerana pada masa kini, di Sandakan khususnya, pelbagai projek pembangunan sedang rancak berjalan seperti pembinaan kawasan taman perumahan, sekolah, kolej, pembinaan jalan, pembinaan hotel dan sebagainya. Kesemua projek ini dengan sendirinya telah melonjakkan aktiviti perniagaan secara keseluruhannya.
Menurut mereka, lihat sahaja pasaraya-pasaraya di Sandakan, tidak ada satupun yang ditutup disebabkan tidak ada pelanggan. Kedai-kedai makan bercambah di sana-sini. Ini mengisyaratkan bahawa rakyat sudah mempunyai kuasa beli yang tinggi. Kesemua ini merupakan hasil usaha kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan BN.
Sementara itu En. Thomas Lau, mantan Timbalan Presiden MPS, meminta pengundi Cina untuk mengundi calon BN sebagai motivasi kepada kerajaan BN untuk membawa lebih banyak pembangunan seterusnya akan membawa kesan domino yang positif kepad seluruh masyarakat.

KELUAR PARTI: ISYARAT JELAS UNTUK ANWAR DAN YONG

Dipetik dari Utusan Online

Sandakan 30 Okt -Langkah beberapa pemimpin utama PKR dan SAPP bahagian Batu Sapi bertindak keluar parti merupakan isyarat jelas kepada pemimpin pembangkang khususnya Anwar dan Yong Teck Lee bahawa rakyat Sabah menolak kepimpinan bercorak autokratik dan menolak suara akar umbi.


Protes yang membawa kepada tindakan keluar parti secara besar-besaran merupakan satu tamparan hebat buat kedua-dua 'diktator dalam pembikinan' itu kerana menyangka rakyat peringkat bawah merestui corak kepimpinan kuku besi mereka. Kedua-dua pemimpin berjanji untuk menjadikan Sabah sebuah kerajaan autonomi sekiranya mereka berkuasa, sebaliknya sering bersikap mementingkan diri dalam membuat keputusan terutama semasa memilih calon untuk PRK Batu Sapi nyata menyerlahkan watak sebenar mereka.


Jumaat, 29 Oktober 2010

BLOGGERS PRO PAKATAN TIDAK BERMINAT MEMBANTU PKR DALAM KEMPEN PRK 2010 BATU SAPI

Hari ini kempen bagi pilihanraya kecil untuk kawasan Parlimen Batu Sapi dan DUN Galas telah memasuki hari kelima. Tinjauan penulis terhadap beberapa blog aktif pro Pakatan Rakyat (PR) yang selama ini begitu ghairah membantu kempen PR dalam mana-mana pilihanraya ternyata telah menjauhkan diri daripada membuat ulasan atau membantu kempen PR khususnya untuk kawasan Parlimen Batu Sapi.
Sikap dingin blog-blog pro pakatan terhadap calon mereka di Batu Sapi sangat menarik untuk diperkatakan. Jika dalam mana-mana pilihanraya sebelum ini keberkesanan kempen blog pro PR sangat dirasai namun tidak berlaku dalam PRK Batu Sapi. Apakah sebabnya blog pro PR memboikot calon mereka sendiri. Mengapa tidak membantu membuat liputan terkini dan terperinci mengenai kempen dan pergerakan calon PKR Batu Sapi?
Pada hemat penulis para blogger PR telah sedia maklum bahawa mengharapkan PKR memenangi aadalah suatu yang mustahil. Kesilapan memilih calon, sikap kurang ajar Ketua Cabang Batu Sapi yang menghalau kebanyakan pemimpin PKR dari Cabang lain di Sabah khususnya dari kalangan pemimpin KDM dan Cina, memperkecilkan bantuan cabang-cabang berhampiran, sikap diktator Anwar dalam membuat keputusan bagi rakyat Sabah serta jentera yang lemah, nyata melemahkan semangat penyokong-penyokong PKR.
Keputusan PKR bertanding dalam PRK Batu Sapi sebenarnya suatu kesilapan besar. Tindakan Anwar yang membelakangkan suara ramai pemimpin PKR Sabah dengan nyata meletakkan PKR Sabah seperti telur di hujung tanduk. Sekiranya PKR gagal menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam PRK Batu Sapi ini kemungkinan PKR akan berkubur sebelum PRU-13.

SKANDAL YONG TECK LEE (PT.1)

Semasa menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 1996. Yong Teck Lee, melalui proksi beliau, telah menubuhkan sebuah syarikat yang dinamakan Amalan Cipta Sdn. Bhd. Syarikat yang hanya bermodalkan RM1.00 (satu ringgit...!!!) tersebut telah membeli beberapa jenis kenderaan seperti Isuzu Bighorn, Mercedes dan Proton Perdana.

Yong, dengan kuasanya sebagai KM telah mengarahkan semua Jabatan dan Agensi Kerajaan seluruh Negeri Sabah menyewa kenderaan-kenderaan tersebut melalui Sykt. Amalan Cipta dengan harga sewaan seperti berikut:


Isuzu Bighorn = RM10,000.00/bln
Mercedes = RM15,000.00/bln
Proton Perdana = RM 5,000.00/bln

Mengikut syarat sewaan tersebut semua perbelanjaan untuk penyelanggaraan atau alat ganti untuk semua jenis kerosakan ditanggung oleh Jabatan atau agensi kerajaan yang menyewa kenderaan-kenderaan tersebut. Secara teknikalnya kenderaan-kenderaan tersebut dimiliki oleh Amalan Cipta tapi pada hakikatnya yang membayar bagi belian oleh Amalan Cipta adalah Jabata--jabatan serta agensi-agensi kerajaan yang dipaksa menyewa kenderaan tersebut.

Melalui urusniaga 'pelik' ini amalan cipta telah meraih untung atas angin yang begitu besar, sebagai contohnya bayaran bulanan bagi Bighorn tidak sampaipun RM5,000.00 sebulan bagi sebuah Bighorn, dan bayaran selebihnya masuk poket Amalan Cipta ciptaan Yong. Bayangkan berapa banyak untung atas angin yang diperolehi oleh syaraikat tersebut bagi sewaan beratus-ratus buah kenderaan ini di seluruh Sabah.

Salah satu agensi kerajaan yang menjadi mangsa urusniaga tersebut ialah Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) apabila MPS telah disaman kerana telah mengembalikan kenderaan tersebut kerana harga sewaan yang terlalu tinggi serta penyelanggaran yang sangat tinggi juga.


Penyokong PKR Sabah Punya Perangai

Ini adalah video pergaduhan sesama sendiri penyokong PKR Sabah di Airport Sandakan pada 26/10/10. Penyokong Ansari Abdullah, calon PKR dalam PRK Batu Sapi 2010, dengan penyokong Ahmad Thamrin, Ketua MPN Sabah. Menurut sumber yang boleh dipercayai sebelum pergaduhan di airport Sandakan ini penyokong Ansari juga telah menumbuk seorang penyokong Thamrin di Sabah Hotel, Sandakan. Nak cakap lebih-lebihpun susah, biarlah video ini menceritakan segalanya.



Apakah sikap ganas penyokong PKR Semenanjung telah menular ke Sabah?

Rabu, 27 Oktober 2010

SIAPA TIPU SIAPA...?

Sebelum berlakunya PRK Batu Sapi 2010 semasa perundingan kemungkinan kerjasama antara Pakatan Rakyat (PR) dengan SAPP bagi menghadapi PRU-13 nanti, Yong Teck Lee, Presiden SAPP menyatakan yang partinya hanya berminat untuk bertanding kerusi peringkat DUN sahaja. Sehubungan dengan itu Yong mencadangkan agar PR memberi laluan kepada mereka di peringkat negeri sebaliknya PR akan bertanding di peringkat Parlimen.

Namun yang menghairankannya, kenapa pula apabila berlaku PRK Parlimen Batu Sapi,  SAPP turut bertanding tanpa mahu berkompromi dengan PR. Lebih dahsyat lagi apabila Yong telah mencalonkan namanya sendiri bagi mewakili SAPP.

Persoalannya mengapa Yong begitu tamak kuasa, sehingga sanggup menipu PR dengan turut bertanding dalam PRK Batu Sapi. Sifat rakus kuasa Yong menjadi semakin ketara apabila dia menolak calon tempatan lainnya seolah-olah tiada seorangpun ahli SAPP Parlimen Batu Sapi yang layak.

Bagaimana seorang penipu, rakus serta bersikap autokratik boleh membantu rakyat sekiranya dia menang? Slogan 'Sabah for Sabahan'  yang dibawa oleh SAPP hanyalah untuk tujuan mengabui mata pengundi Batu Sapi. Yong sebenarnya begitu laparkan kuasa, hakikat beliau membawa SAPP keluar dari BN hanya kerana desakannya agar dia dilantik menjadi Senator tidak dilayan oleh Pak Lah.



 

Gambar2 Sekitar Penamaan Calon PRK Batu Sapi 2010