Rabu, 27 Oktober 2010

SIAPA TIPU SIAPA...?

Sebelum berlakunya PRK Batu Sapi 2010 semasa perundingan kemungkinan kerjasama antara Pakatan Rakyat (PR) dengan SAPP bagi menghadapi PRU-13 nanti, Yong Teck Lee, Presiden SAPP menyatakan yang partinya hanya berminat untuk bertanding kerusi peringkat DUN sahaja. Sehubungan dengan itu Yong mencadangkan agar PR memberi laluan kepada mereka di peringkat negeri sebaliknya PR akan bertanding di peringkat Parlimen.

Namun yang menghairankannya, kenapa pula apabila berlaku PRK Parlimen Batu Sapi,  SAPP turut bertanding tanpa mahu berkompromi dengan PR. Lebih dahsyat lagi apabila Yong telah mencalonkan namanya sendiri bagi mewakili SAPP.

Persoalannya mengapa Yong begitu tamak kuasa, sehingga sanggup menipu PR dengan turut bertanding dalam PRK Batu Sapi. Sifat rakus kuasa Yong menjadi semakin ketara apabila dia menolak calon tempatan lainnya seolah-olah tiada seorangpun ahli SAPP Parlimen Batu Sapi yang layak.

Bagaimana seorang penipu, rakus serta bersikap autokratik boleh membantu rakyat sekiranya dia menang? Slogan 'Sabah for Sabahan'  yang dibawa oleh SAPP hanyalah untuk tujuan mengabui mata pengundi Batu Sapi. Yong sebenarnya begitu laparkan kuasa, hakikat beliau membawa SAPP keluar dari BN hanya kerana desakannya agar dia dilantik menjadi Senator tidak dilayan oleh Pak Lah.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan