Sabtu, 30 Oktober 2010

KENAPA ORANG CINA MESTI SOKONG BN DI BATU SAPI?

Kempen pilihanraya kecil P185 Batu sapi memasuki hari keenam hari ini. Secara umumnya harapan melihat kerancakan kempen oleh parti-parti yang bertanding seperti mana di Semenanjung tidak terjadi di Batu Sapi. Ketika pengundi-pengundi bumiputera boleh dijangka pola sokongan mereka, pengundi cina pula masih sukar diramal pendirian mereka.
Walau bagaimanapun, tanggapan awal bahawa pengundi Cina akan memilih parti pembangkang dalam PRK Batu Sapi ternyata meleset. Berdasarkan tinjauan rambang di kalangan pengundi Cina ramai yang menyatakan bahawa mengundi parti pembangkang samalah seperti merosakkan perniagaan mereka. Hal ini kerana pada masa kini, di Sandakan khususnya, pelbagai projek pembangunan sedang rancak berjalan seperti pembinaan kawasan taman perumahan, sekolah, kolej, pembinaan jalan, pembinaan hotel dan sebagainya. Kesemua projek ini dengan sendirinya telah melonjakkan aktiviti perniagaan secara keseluruhannya.
Menurut mereka, lihat sahaja pasaraya-pasaraya di Sandakan, tidak ada satupun yang ditutup disebabkan tidak ada pelanggan. Kedai-kedai makan bercambah di sana-sini. Ini mengisyaratkan bahawa rakyat sudah mempunyai kuasa beli yang tinggi. Kesemua ini merupakan hasil usaha kerajaan yang ada sekarang iaitu kerajaan BN.
Sementara itu En. Thomas Lau, mantan Timbalan Presiden MPS, meminta pengundi Cina untuk mengundi calon BN sebagai motivasi kepada kerajaan BN untuk membawa lebih banyak pembangunan seterusnya akan membawa kesan domino yang positif kepad seluruh masyarakat.

1 ulasan:

  1. Sokong' bagus...ramai ramai la kamu keluar, hehe ini la di katakan perjuangan yang tidak menentu ibarat kapal yang tidak ada kemudi...

    BalasPadam