Ahad, 31 Oktober 2010

PENYOKONG PKR KECEWA THAMRIN TURUN BERKEMPEN BERSAMA ANWAR


Sandakan 31 Oktober- Hari keenam kempen bagi PRK Batu Sapi menyaksikan buat pertama kalinya, selepas penamaan calon pada 26/10/10 yang lalu, Ahmad Thamrin, Ketua Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah dilihat turun berkempen di Hotel Sanbay, Sandakan bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Peristiwa yang sepatutnya melega serta menambahkan semangat ahli-ahli PKR Sabah rupa-rupanya disambut dingin oleh sebilangan ahli PKR sendiri.


Seorang ahli PKR Libaran yang ditemui petang tadi menyuarakan kekecewaan beliau atas kelemahan peribadi Thamrin yang mudah mengalah apabila sekali lagi termakan gula-gula yang diberikan oleh Anwar.


"Sekiranya terdapat sebarang masalah peribadi antara kedua-dua pemimpin tersebut memang sepatutnya diselesaikan segera, itu kita setuju sangat. Namun tindakan Anwar seringkali membelakangkan suara majoriti pimpinan negeri amat mengecewakan. Apatah lagi sekiranya keputusan tersebut membabitkan nama Ansari Abdullah, Anwar pasti akan mempertahankan Ansari walau apa cara sekalipun", kata beliau.


"Apa istemewanya Ansari sehingga sangat menyayanginya walau sehingga meletakkan PKR Sabah dalam kehancuran?".


Beliau menyatakan kekecewaannya terhadap sikap penting diri sendiri oleh Thamrin yang hanya memikirkan tentang kedudukannya dalam hierarki kepimpinan PKR Sabah sahaja.


"Kita mahu penjelasan yang meyakinkan daripada Anwar atas segala keputusan autokratik yang beliau ambil terutama apabila membelakangkan suara pemimpin Sabah. Kita juga mahukan jaminan bahawa kepimpinan bercorak diktator Anwar tidak diamalkan di Sabah", tambahnya.


Kekecewaan sebilangan penyokong PKR seperti yang diluahkan di atas sememangnya berasas dan Anwar sepatutnya tidak terlalu memandang rendah kemampuan Pemimpin Sabah yang telah dipilih oleh penyokong akar umbi dalam membuat keputusan peringkat negeri. Namun menyalahkan Anwar semata-mata atas apa yang berlaku dilihat kurang wajar. Barisan kepimpinan PKR negeri juga seharusnya menilai diri dan maruah sendiri. Sampai bila Anwar dibiarkan membuat keputusan syok sendiri beliau? Pepatah Inggeris ada menyebut 'fool me once, shame on you. Fool me twice, shame on me'. Persoalannya siapa sebenarnya bodoh dan bacul?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan